Wednesday, February 9, 2011

SENJA CINTAKU BERBISIK - Ep.1 (1)

 "Ya Allah, jika Kau takdirkan dirinya untukku, tercipta untukku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku, satukanlah hati-hati ini.. duhai Tuhan yang Maha mengetahui.."

                                                                      *        *        *


Jika aku sedih, atau teringatkan dia, aku dendangkan lagu ini. Doa? Bukan aku menafikan hak sebagai hamba Allah untuk tidak panjatkan butiran doa.. yang pasti hati kesal dengan untaian doa yang sering aku panjatkan dulu dan telah aku sendiri khianati.

Aku percaya cinta itu wujud apabila kita mencintai Allah. Mencintai insan yang cintanya pada Allah. namun tidak mungkin kuukir sezarah cinta di hatinya yang bertasbih memuji Tuhan di setiap ketika. Aku bagai Zulaikha yang mendendam cinta seorang Yusuf. Dan akhirnya cinta itu dibawa jauh hingga mencintai yang Esa. Jika hidup ini umpama bait-bait puisi karangan pujangga, akan kutulis lenggok hidup ini biar yang terindah belaka, namun aku akur. Manusia itu sering diuji.

                                                                       *        *        *
Perhimpunan pertama di kolej. Perasaan memang bercampur baur. Ada rasa suka, gelisah, berdebar.. Yang penting, langkah aku ke sini mungkin membawa sejuta makna dalam hidup.. Insyaallah...
"Bismillah..." Aku mengangkat muka. tepat pandanganku pada seorang pelajar lelaki. kurus. sederhana tinggi. berkopiah merah.
"Mamat ni.. nampak biasa saja.. tapi rasa macam ada sesuatu dengan dia," getusku sendiri. lama aku memerhatikannya. lebih kusyuk dari doa yang dipanjatkan. entah mengapa hatiku tenang memandangnya. orangnya sederhana. tapi.. aku cukup tidak suka melihat potongan seluarnya yang betul-betul separas buku lali. Hati rasa geli. Terbayangkan watak seorang pelajar skema yang kerjanya asyik dengan membaca. namun mungkin si skema ini berlainan gaya. kerana doa yang dialun berlagu, aku teka dia ini budak asuhan sekolah pondok. Atau mungkin anak-anak keluarga ustaz ustazah.
"Nia.. pandang orang macam nak telan!"
Terkejut aku. Aishah mungkin sudah lama memerhatikan aku.
"Bukanlah, aku tengok budak tu. nampak macam baik. tak boleh jadi anak ikan ni," selorohku. kami ketawa kecil.
"Aku kenal dia. budak maahad tahfiz.."
"kau?Kau kenal dia?" Aishah mengangguk mengiyakan. Budak ragget macam Aishah tu pun boleh ada kenalan sealim itu..
"Sekolah dia.. next to my school.. mamat tu agak glamour.."
"Agaklah.." sampukku menyindir.
"Betul.. ketua pelajar tu. Kau nampak je kaki seluar macam Mr. Bean,"
Aku tertelan liur dek ujaran Aishah. Dia boleh perasan aku pandang kaki seluar budak tu?
"Dia tu memang anti maksiat, anti couple, aku solute betul dengan dia, kalau buat laki ni, boleh masuk syurga.." 
Aku hanya tersengih sebagai respon. Tudung pun tak pernah lekat atas kepala, ada hati juga si Aishah ini nak pikat mamat skema agama tu.
"Kenapa? Don't underestimate me..."
"Tengoklah.. siapa yang dapat!" Sumpah aku bukan sengaja menuturkan ayat itu! Terpantul semulajadi. Aishah menjeling. Aku cuit bahunya. Cuba mengambil hati. Aishah memang terkenal sikapnya yang 'mudah terasa' itu. Sungguhpun baru seminggu kami berkenalan. Aku sudah boleh agak kelemahannya. tapi dialah satu-satunya kawan aku di sini. orang lain? Entah.. yang lain pandang semacam je. Mungkin mereka dengki aku secantik Siti Nurhaliza. Itu ayat yang selalu aku guna untuk sedapkan hati ;)

Aku dan Aishah ditempatkan di kelas yang berbeza. aku tak kisah. mungkin aku boleh cuba cari kenalan baru. aku pun tak kurang sifat ramahnya. tapi yang aku kisah, si aishah itu satu kelas dengan si kopiah merah. aku terfikir gelaran ini sewaktu makan tengahari tadi. kebetulan dia lalu di hadapan meja kami. aishah sengaja buat batuk-batuk untuk menarik perhatian. tapi si kopiah merah hanya jalan terus sambil pandangannya memandang kaki lantai. Padan muka Aishah!

kami (aku dan kopiah merah) hanya satu kelas untuk subjek bahasa Inggeris. tak mengapalah. kalau ada jodoh tidak ke mana! Sebenarnya, aku bukan beriya sangat pada budak itu. cuma sengaja sahut cabaran aishah. nak kenakan kawan.      (bersambung...)