Tuesday, September 17, 2013

Kesempatan

Kukira kau hadir denganku
Tatkala mendung rinduku berpuput

Hadirmu tanpa cinta
Kau bawa pergi duka
Dan cintamu sirna dalam masa

Kukira cintakan bertamu
Dalam dingin rindu membeku

Tiada kata lagi
Noktah tiada janji
Kutitip doa padaNya Ilahi


Friday, February 15, 2013

~izuddin dan nadiah~ Doa untuk kalian

Izuddin..
Aku tahu kau tak akan pernah baca entri ini
Namun aku tetap mahu titipkan untuk kamu..

Nadiah..
Aku juga tahu kau tak akan pernah baca entri ini
Namun aku masih mahu titipkan entri ini untuk kamu..

_Aku masih mahu titipkan entri ini untuk kalian_


Kalau aku bisa memohon
Kalu aku masih bisa memohon
Akan aku panjat doa ini untuk kalian
Moga kalian bersatu
Namun aku tidak punya kuasa menyatukan
Kerana yang berkuasa sudah menyatakan

Kalau aku bisa memohon
Dan kalau aku bisa memohon
Aku ingin pinta moga kalian bersatu
Kerana aku amat tahu
Aku amat mengerti
Cinta kamu

Kalau aku bisa memohon
Masih bisakah aku memohon?
Aku ingin Tuhan satukan kamu
Bahagiakan kamu
Jadikan dia milik kamu
Kekalkan jodoh kamu
Kerana aku tahu
Dia amat cinta kamu
Tapi aku gagal tahu
Ada atau tidak cinta kamu untuk dia

Tuhan izinkan aku memohon
Izinkan aku memohon
Untuk kamu...

Dia.. Dia yang aku maksudkan ya Tuhan
Dia yang punya hati sukar dimengerti
Dia yang punya cinta samar
Dia yang punya rasa sentiasa belah bagi

Dia ya Tuhan.. Dia
Aku masih memohon untuk dia
Kerna aku tahu rasa
Rasa hati Nadiah
Bagaimana Nadiah cinta dia

Aku tahu Tuhan
Aku tahu rasa hati
Rasa hati Nadiah
Aku tahu dia tersiksa

Tuhan lembutkan hati Izuddin
Terima Nadiah seadanya
Jika aku mampu berdoa
Maka ini doaku
Doa untuk kalian.