Izuddin..
Aku tahu kau tak akan pernah baca entri ini
Namun aku tetap mahu titipkan untuk kamu..
Nadiah..
Aku juga tahu kau tak akan pernah baca entri ini
Namun aku masih mahu titipkan entri ini untuk kamu..
_Aku masih mahu titipkan entri ini untuk kalian_
Kalau aku bisa memohon
Kalu aku masih bisa memohon
Akan aku panjat doa ini untuk kalian
Moga kalian bersatu
Namun aku tidak punya kuasa menyatukan
Kerana yang berkuasa sudah menyatakan
Kalau aku bisa memohon
Dan kalau aku bisa memohon
Aku ingin pinta moga kalian bersatu
Kerana aku amat tahu
Aku amat mengerti
Cinta kamu
Kalau aku bisa memohon
Masih bisakah aku memohon?
Aku ingin Tuhan satukan kamu
Bahagiakan kamu
Jadikan dia milik kamu
Kekalkan jodoh kamu
Kerana aku tahu
Dia amat cinta kamu
Tapi aku gagal tahu
Ada atau tidak cinta kamu untuk dia
Tuhan izinkan aku memohon
Izinkan aku memohon
Untuk kamu...
Dia.. Dia yang aku maksudkan ya Tuhan
Dia yang punya hati sukar dimengerti
Dia yang punya cinta samar
Dia yang punya rasa sentiasa belah bagi
Dia ya Tuhan.. Dia
Aku masih memohon untuk dia
Kerna aku tahu rasa
Rasa hati Nadiah
Bagaimana Nadiah cinta dia
Aku tahu Tuhan
Aku tahu rasa hati
Rasa hati Nadiah
Aku tahu dia tersiksa
Tuhan lembutkan hati Izuddin
Terima Nadiah seadanya
Jika aku mampu berdoa
Maka ini doaku
Doa untuk kalian.
