Wednesday, January 18, 2012

SENJA CINTAKU BERBISIK (3)

~Aku tahu dunia ini hanya putih. Hitam itu dosa manusia..~



"Memang 'taklah' aku nak masuk kelas dia lagi!" Aku bengang betul. Aku tahu dia tu muda-muda lagi dah jadi pensyarah, tapi tak perlulah nak 'act' dengan aku! Menyesal pun ada aku beriya masuk kuliah tengah hari tadi. Kalau aku tahu, lebih baik kuterima pelawaan Sudin. Dapat juga aku merasa burger Whooper yang sesungguhnya memang tak mampu aku beli kalau guna duit poket sendiri.

Aisyah juga baru pulang dari kuliah. Sejak dari tadi duduk melangut tepi birai katil. Diam membisu. Malas aku nak sapa dia. Aku pun dalam mood kurang baik juga.

"Kau ada duit lebih tak?"
Aku geleng. Tak pernah seumur hidup aku ada duit lebih..
"Aku nak pakai RM500 lah." Gulp! Telan liur aku dibuatnya. RM500!!!
"Sebenarnya.. aku ada rahsia yang selama ni aku tak pernah kongsi dengan kau,"
"Ok, sekarang kau nak share dengan aku?" Aku cuba membantu.
"Bulan lepas, aku jumpa Farhana,"
"Schoolmate kau dulukan?"
Aishah hanya mengangguk. Dia kembali membisu.
"Pulak.. tak jadi nak cerita ke?"
Aishah pandang aku. Seakan sedang berkira-kira sama ada untuk meneruskannya ataupun tidak.
"Well.. kau pun tahu. aku jenis tak mendesak.."
"Dan tak terdesak sangat pun nak tau.." Yang ini aku tuturkan dalam hati hati saja..
Aishah menghampiri aku.
"Aku hutang orang RM2500... dia kata kalau aku tak bayar dia seminggu RM500.. "
"Kejap. Kejap. Hutang apa ni? Banyaknya kau hutang orang. Buat apa? Beli buku?"
Aishah kembali membisu. silap aku juga potong cakapnya.
"Kau hutang siapa?"
"Pendek kata.. orang tu macam Ah Long lah.."
What?!!!
"Kau hutang Ah Long? Eh! Kau hilang akal ke apa.. Kau tau tak.. Ah Long tu main potong-potong?!!"
Aisyah mengesat air matanya.
"Yang kaitan dengan Farhana pula?"
"Aku hutang sebab nak join MLM Farhana tu.."
"Eh.. kau ni.. cari penyakit betullah. Kau tau tak.. bukan semua orang boleh buat MLM tu..."
Aku tak sengaja 'ter'marah dia. Aku geram betul dengan Aishah. Tak ada masalah cari masalah..
"Dia kata boleh buat duit setiap bulan. Masuk bulan ni dah genap 7 bulan dah. Satu sen pun tak ada,"
"Kau kena buat apa untuk dapat duit?"
"Cari orang bawah aku lima orang.."
"Orang bawah tu kena keluar duit tak?"
"Kena.."
"Teruk betullah si Farhana tu. Aku dah agak dari mula dah. Masa mula-mula dia beriya nak jumpa kau. Cerita bangga-bangga. Dengan pakai baju branded. Handbag Gucci dia tu. Aku dah boleh agak.."
Tambah aku lagi.."Aku pelik juga kau 24 jam keluar jumpa dia. Balik lewat-lewat pagi. Mengalahkan orang pergi dating.." Aku bebel. Membebel. Dan berleter lagi. Aishah diam.

(bersambung...)

Tuesday, January 10, 2012

SENJA CINTAKU BERBISIK (2)

"Kalau ku bisa memohon maaf darimu.. kan ku lakukan. namun aku tidak segagah dulu.."~pencinta~

Setiap hari berpucuk surat aku terima. Bukan sahaja surat kosong. Isinya selain coklat cadbury mesti terselit kata-kata jiwang atau puisi-puisi cinta lelaki yang mudah akur dengan kecantikan wanita. Aku terima. Semua isi surat aku baca. Kutelaah. Lebih dari mengulangkaji. Namun tidak sepucuk pun aku balas. Hati wanita, sukar untuk kau gapai jika hanya berbekal ilmu cinta semata. Surat-surat yang kuterima kuronyokkan. Akhirnya bakul sampah juga jawabnya. Aishah sejak dari tadi memerhatikanku. Sekali sekala aku tengok dia tersengih-sengih sendiri.
"Best juga ye ramai fan macam ni.." tuturnya.
Fan? Owh please... Aku diam saja. cakap banyak pun tak ada guna. aishah memang hobinya begitu. suka menyakat. agak aku lah.
"Rasa-rasanya lah.. dalam banyak-banyak surat kau dapat ni, surat kopiah merah ada ke?"
Choi! Itu fikirannya???
"Ada," ujarku selamba. hanya ingin menguji keterujaan si aishah.
"Mana?" Dia bingkas bangun dari katil seraya menghampiriku.
"Tunjuk dekat aku. jangan-jangan ada orang sabotaj dia. takkan lah dia nak tulis. sungguh kau cantik pun, aku rasa iman dia tak tergugat.. dia nak cik ustazah.. faham! Kau tu, tu hah.. tudung pun main selempang-selempang, menyanyi melalak dalam bilik air 24 jam.."
Tergamam aku dibuat aishah. entah apa yang merasuk kepala dia terpacul-pacul kata keluar dari mulutnya yang benar-benar menyakiti hati aku. aku memandang aishah. tajam. sambil kurampas semula surat-surat yang berada ditangannya. dia terpana.
"tak perlu kau nak cari-cari ok, aku tipu,"

Dia tersenyum. riak wajah lega.
"aku dah agak dah. aku bukan apa. tak suka lah kalau kau yang dapat dia. kita kan persaing sengit.." aishah merangkul bahuku. aku tepis tangannya. aku terus campak surat-surat tadi ke dalam bakul sampah. rebah di atas katil. dan menarik selimut.
"Good night. aku nak tidur. esok pagi aku ada kelas,"