Setiap hari berpucuk surat aku terima. Bukan sahaja surat kosong. Isinya selain coklat cadbury mesti terselit kata-kata jiwang atau puisi-puisi cinta lelaki yang mudah akur dengan kecantikan wanita. Aku terima. Semua isi surat aku baca. Kutelaah. Lebih dari mengulangkaji. Namun tidak sepucuk pun aku balas. Hati wanita, sukar untuk kau gapai jika hanya berbekal ilmu cinta semata. Surat-surat yang kuterima kuronyokkan. Akhirnya bakul sampah juga jawabnya. Aishah sejak dari tadi memerhatikanku. Sekali sekala aku tengok dia tersengih-sengih sendiri.
"Best juga ye ramai fan macam ni.." tuturnya.
Fan? Owh please... Aku diam saja. cakap banyak pun tak ada guna. aishah memang hobinya begitu. suka menyakat. agak aku lah.
"Rasa-rasanya lah.. dalam banyak-banyak surat kau dapat ni, surat kopiah merah ada ke?"
Choi! Itu fikirannya???
"Ada," ujarku selamba. hanya ingin menguji keterujaan si aishah.
"Mana?" Dia bingkas bangun dari katil seraya menghampiriku.
"Tunjuk dekat aku. jangan-jangan ada orang sabotaj dia. takkan lah dia nak tulis. sungguh kau cantik pun, aku rasa iman dia tak tergugat.. dia nak cik ustazah.. faham! Kau tu, tu hah.. tudung pun main selempang-selempang, menyanyi melalak dalam bilik air 24 jam.."
Tergamam aku dibuat aishah. entah apa yang merasuk kepala dia terpacul-pacul kata keluar dari mulutnya yang benar-benar menyakiti hati aku. aku memandang aishah. tajam. sambil kurampas semula surat-surat yang berada ditangannya. dia terpana.
"tak perlu kau nak cari-cari ok, aku tipu,"
Dia tersenyum. riak wajah lega.
"aku dah agak dah. aku bukan apa. tak suka lah kalau kau yang dapat dia. kita kan persaing sengit.." aishah merangkul bahuku. aku tepis tangannya. aku terus campak surat-surat tadi ke dalam bakul sampah. rebah di atas katil. dan menarik selimut.
"Good night. aku nak tidur. esok pagi aku ada kelas,"
No comments:
Post a Comment