Aku dah dapat lima ribu ringgit untuk tolong Aishah. Memang Allah tolong aku. Bukan senang nak kumpul sampai lima ribu! Ini hasil aku pinjam duit daripada teman-teman rapat yang telah berkerja. A friend indeed is a friend in need .. Hampir seminggu aku tunggu Aishah. Bila call asyik dengar suara operator Maxis saja. Risau juga apa-apa jadi pada Aishah. Kalau masuk Isnin ni dia tak contact aku, aku bertekad untuk membuat laporan polis.
Hujan renyai-renyai sebentar tadi mula surut. Aku dapat lihat sejalur pelangi merentangi tasik Astakona. Sungguh cantik. Memang tiada kata untuk kupujinya. Indah sungguh ciptaan Allah. Sedang aku asyik mengemas wayar laptop tiba-tiba aku disapa seorang lelaki. Bertubuh kurus tinggi. Bercermin mata. Pemilik raut wajah yang cukup tenang itu sedang berdiri mengukir senyum di hadapanku. KOPIAH MERAH. Itu trademark dia. Aku cukup kenal.
"Assalamualaikum, Nia Dahlia," susun atur yang ringkas. Namun cukup sempurna.
"Nak apa?" Aku sengaja bersikap acuh tidak acuh. Malas nak melayan ustaz-ustaz skema begini.
"Kenapa?" aku mengulangnya. Dia senyum lagi.
"Saya membawa pesan dari encik Amir," telahnya. Aku menarik muka. Letih. Letih dengan permainan encik Amir.
"Saya pohon maaf jika Nia tidak suka. Sebetulnya saya pun kurang setuju dengan apa yang encik Amir buat. Namun apa yang boleh saya buat. Saya hanya menyampai amanah," sambil menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Aku diam. Memikirkan apa yang perlu kukatakan. Aku tidak menyambut huluran surat itu. Cukup aku benci pada pengirimnya. Tapi bukan pada si penghantarnya. Namun aku tetap bersyukur. Bersyukur dengan kemunculan tiba-tiba si kopiah merah ini menenangkan sejenak tasik hatiku. Aku hilang fokus sementara pada masalah Aishah.
"Hafiz, saya tak boleh terima surat ini. Saya sudah tahu apa isinya. Jika awak sudi, bacakanlah untuk saya. Tapi bukan sekarang. Bila masa itu perlu.." Aku cepat-cepat mengatur langkah meninggalkan Hafiz. Ya, itulah nama empunya milik kopiah merah. Entah mengapa kata-kata yg meluncur keluar dari bibirku begitu tersusun. Teratur. Mungkin kerana aura kata-kata kopiah merah yg cukup sopan menghalwa telingaku. Aku langkah cepat-cepat sebelum dia melihat rona-rona merah diwajahku. Sungguh aku tersipu malu ketika itu..
No comments:
Post a Comment